berita

Video : Muzik Video I Wanna Go Oleh Yuna, Awesome!

June 18th, 2013 | by Ai
Video Popular

Yuna

Mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga masih ada lagi yang tertanya-tanya tentang status hubungan antara Yuna dan jurugambarnya, Julian Schratter. Kan? Tak perlulah kita risau dengan hubungan mereka berdua kerana tiba satu hari nanti, pasti Yuna akan tampil untuk berkongsi jika benar dia dan Julian bercinta.

Apa yang perlu kita risaukan ialah jika kita terlepas untuk menonton sebuah muzik video terbaru Yuna berjudul I Wanna Go yang baru sahaja dilancarkan di laman Youtube, hari ini.

Umum tahu, Yuna sememangnya sinonim dengan video berkonsepkan klasik, vintaj dan juga retro. Dalam video berdurasi 3.41 minit ini, muzik video tersebut cukup meriah walau hanya dihiasi dengan dua watak. Ya, Yuna dan juga jurugambarnya, Julian.

Screen Shot 2013-06-18 at 1.34.57 PM

Mata Julian Schratter atau lebih mesra dipanggil Jules

Screen Shot 2013-06-18 at 1.35.12 PM

Antara sedutan dari MV ‘I Wanna Go’

Screen Shot 2013-06-18 at 1.33.26 PM

Klasik habis

Yuna turut menggunakan papan luncur sebagai salah satu prop termasuklah pokok-pokok bunga dan pantai yang menjadi latar belakang video I Wanna Go.

Sebagai pendengar setia lagu Yuna, lagu I Wanna Go sememangnya mempunyai kekuatan dan keunikannya yang tersendiri. Ditambah lagi dengan MV yang berkualiti. Anda wajib tonton dan dengar lagu ini sekarang!

SKIP THIS AD ×