Beberapa jam yang lepas, kumpulan K-Pop EXO telahpun melancarkan muzik video versi kedua untuk sebuah lagu berjudul Growl di laman YouTube.
Para peminat ternyata menyukai versi kedua MV ini kerana ia lebih menumpukan kepada wajah dan personaliti setiap ahli kumpulan itu berbanding versi pertama yang hanya fokus kepada gaya tarian mereka.
Selain daripada itu, MV ini juga lebih menarik kerana krew penggambaran hanya menggunakan ‘steady-cam’ untuk mengambil keseluruhan babak dalam satu rakaman sahaja.
Untuk pengetahuan anda, EXO turut melancarkan MV Growl versi berbahasa Cina untuk peminat mereka di negara itu.
Jadi bagi yang belum menonton video itu, OHBULAN! sertakan MV tersebut di bawah untuk tontonan anda. Semoga terhibur!