berita

Video: MV Masih Aku Cinta Akhirnya Dilancarkan

December 4th, 2013 | by Ai
Video Popular

Shila05

Setelah agak lama membiarkan peminat tertanya-tanya dan menanti, akhirnya pihak Warner Music Malaysia telahpun melancarkan muzik video rasmi lagu terbaru Shila Amzah berjudul Masih Aku Cinta.

Artikel berkaitan:

Walaupun baru sahaja dimuat naik ke YouTube, namun MV tersebut telah berjaya meraih 14 ribu jumlah tontonan dalam masa 2 hari.

Ada yang beranggapan MV berdurasi 5:28 saat itu berjaya menarik jumlah penonton yang ramai kerana kisah kontroversi melibatkan Shila Amzah dan pelakon lelaki di dalam MV tersebut iaitu Johan As’ari.

Johan03

Tetapi OHBULAN! percaya bahawa hasil kerja pengarahnya, Ghaz Abu Bakar dan mereka yang terlibat sememangnya telah menjadikan MV Masih Aku Cinta sebuah karya yang berkualiti.

Kalau ada yang perasan, konsep digunakan sedikit sebanyak membuatkan penonton seperti sedang menonton drama pendek yang sangat mendalam.

Apapun bagi yang masih tertanya-tanya mengenai jalan cerita Masih Aku Cinta, di sini kami sediakan MV berkenaan untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×