Penyanyi antarabangsa yang sememangnya sinonim dengan penampilan seksi, Mariah Carey difahamkan baru sahaja melancarkan video klip terbarunya bersama Miguel berjudul Beautiful.
Menerusi klip video tersebut, Mariah Carey kelihatan sangat seksi apabila mengenakan persalinan ala sut cut-out rona hitam dan dipadankan dengan seluar pendek sehingga menampakkan susuk tubuhnya yang menggoda.
Dalam pada itu, keseksian penyanyi ini turut terserlah apabila menari di bawah cahaya lampu kristal candelier dengan menggayakan persalinan baju tidur rona neon-kuning dan ia dilihat seolah-olah cuba menggoda dan menarik perhatian Miguel.
Sejak video ini dimuatnaik menerusi laman YouTube pada 6 Mei lalu, ia telah berjaya menarik perhatian hampir 360,000 penonton dan rata-ratanya memberi respon positif terhadap penampilan penyanyi tersebut.
Meskipun usianya telah menjangkau hampir 43 tahun, akan tetapi Mariah Carey dilihat masih lagi mampu mengekalkan bentuk badan yang cantik dan menawan.
Apa pun, jom layan video klip Beautiful, nyanyian Mariah Carey featuring Miguel selepas ini.