berita

Video : Norish Karman Lancar MV Terbaru, Kasihku Selamanya

May 14th, 2013 | by Ai
Video Popular

Norish Karman

Aktres terkenal, Norish Karman baru sahaja melancarkan video klip terbaru nyanyiannya berjudul Kasihku Selamanya.

Video ini telah dimuat naik menerusi laman YouTube pada 13 Mei lalu dan melalui respon peminat, rata-ratanya memberikan komen yang positif serta memuji kelunakan lagu tersebut.

Norish Karman

Untuk makluman, video klip ini telah mendapat sentuhan kreatif daripada Juril Jumal dan ia merupakan lagu ciptaan Julfekar dan liriknya ditulis oleh Norish Karman sendiri.

Dalam pada itu, pada 11 Mei lalu aktres ini baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 39, bertempat di Plaza Damas, Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Majlis tersebut difahamkan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat Norish sahaja.

Norish Karman 13Bersama peminat setia yang selalu menyokong kerjaya Norish Karman.

Norish Karman 7

Antara hadiah yang diberikan oleh peminat.

Berikut kami layangkan lagi 33 foto Norish sewaktu sambutan ulangtahun kelahirannya Sabtu lalu.

Kredit Foto : Facebook Norish & REDphotography.