Majlis resepsi penyanyi Nabila Razali dan suaminya, Nik Iruwan telah berlangsung meriah pada malam tadi yang mengetengahkan tema Batik Jawa.
Lebih istimewa, Nabila diarak masuk ke pelamin dengan menaiki tandu yang disaksikan seramai 250 orang tetamu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Sah Jadi Isteri Kepada Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Bernilai RM22.50
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mungkin Hari Esok, 13 November Menjadi Lembaran Baru’ – Nabila Razali
Perkenalan awal
Ketika ditemui OhBulan! Nik Iruwan atau nama sebenarnya Nik Iruwan Nik Izani berkongsi momen pertama kali dia melihat pelantun lagu Peluang Kedua itu di salah sebuah acara.
Kali pertama saya jumpa dia di rumah terbuka Media Prima kalau tak salah saya. Saya melihat ramai yang cantik-cantik namun dialah yang paling ‘outstanding’. Kemudian saya ada bertanya kepada seseorang yang berada di sebelah saya tentang dia.
Ahli perniagaan berusia 38 tahun itu mengakui, Asyraf Khalid juga antara teman rapat yang membantu menyatukan dirinya dan Nabila hingga ke jinjang pelamin.
Allah sudah aturkan semuanya tetapi Asyraf adalah salah seorang kawan baik kami.. dan dia macam ‘love cupid’ kamilah.
Bila Asyraf memberitahu tentang Nabila, saya terkejut sebab saya pernah melihat dia di majlis tersebut sebelum ini. Betapa hebatnya dia di mata saya!
Nik Iruwan berkata demikian seusai selesai majlis persandingan tersebut yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor.
Dalam pada itu, pasangan dua sejoli ini mendedahkan bahawa Aquaria KLCC adalah antara salah satu tempat pertemuan mereka ketika cinta mula berputik dahulu.
Itu salah satu tempat dating la dan dekat situ jugalah kami banyak berborak sebab kami nak ke kedai lain agak susah sedikit kerana ada orang ambil gambar. Jadi dekat Aquaria kami ada lebih banyak masa untuk saling mengenali.
Waktu itu fokus Nabila adalah untuk dia, untuk mengenali hati budi masing-masing. Saya rasa Aquaria tu salah satu tempat yang menyaksikan pengenalan kami berdua.
Pada 18 November lalu, Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa and Wellness Resort Bukit Tinggi, Pahang.
Penyanyi berusia 31 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 namun wang hantaran dirahsiakan.