berita

Video : Najwa Latiff Lancar MV Terbaru, I Love You

June 5th, 2013 | by Ai
Video Popular

MV Terbaru Najwa Latif

Tepat jam 9 malam semalam, Najwa Latiff telah melancarkan video klip terbaru berjudul I Love You menerusi laman YouTube rasminya iaitu najwa595.

Menerusi klip video yang dipaparkan, pihak syarikat rakaman NAR Records telah menggunakan khidmat pelakon kacak, Shah Iskandar sebagai watak hero untuk video tersebut, di mana melalui jalan ceritanya, Shah dilihat telah memendam perasaan cinta terhadap teman baiknya sendiri dan perasaan cinta itu telah dibiarkan terkubur begitu sahaja sehinggalah Shah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

MV Najwa Latif

Penampilan Shah Iskandar sebagai watak utama MV I Love You

Video klip penuh dramatik ini telah mendapat respon positif daripada semua peminat Najwa dan rata-ratanya melahirkan rasa gembira dengan kejayaan penyanyi tersebut dalam menghasilkan MV terbarunya itu.

MV Najwa Latiff

Meskipun video ini baru sahaja dilancarkan beberapa jam yang lalu, akan tetapi sambutan para penonton terhadap video tersebut sudah semakin meningkat sehingga mencapai lebih 300 like.

Dengan terhasilnya video klip ini, Najwa Latiff telah melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan berharap agar karya terbarunya ini akan dapat diterima oleh semua lapisan penonton.

Assalamualaikum.

Ini adalah muzik video rasmi untuk lagu I Love You yang dimuatkan dalam mini album saya. Dengar dan hayati lirik lagu yang cuba disampaikan menerusi lagu ini. Saya harap anda semua dapat terima lagu dan muzik video ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan muzik video ini. Selamat menonton :)

Jadi, tunggu apa lagi? Jom layan MV terbaru Najwa berjudul I Love You selepas ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×