berita

[VIDEO] ‘Nak Masak Ke Sambung Kejap Lagi?’ – Lihat Reaksi Kak Lina Bila ‘Papa’ Terlajak Sweet

February 9th, 2020 | by faris
Video Popular

Selamat menamatkan zaman ibu tunggal pada 17 Januari lalu, artis serba boleh Elly Mazlein kini dilihat semakin bahagia menjalani fasa berbulan madu dengan suami, Mohamad Azlan Che Nuh. Reaksi pelakon yang turut dikenali sebaagi Kak Lina ini ketika ‘dikacau’ suaminya menghiburkan hati netizen seperti dimuatnaik di saluran Youtubenya pada Sabtu.

Video masak dapat penampilan istimewa ‘papa’

Video berdurasi 18 minit 31 saat itu adalah video masakan ketam masak lemak resepi pelakon Kampung People itu. Dirakam di dapur rumahnya, Elly sebelum ini turut aktif berkongsi resepi masakan ringkas tapi sedap untuk subscriber salurannya itu yang kini mencecah lebih 90 ribu.

Tidak lama selepas memasak hidangan itu, Mohamad Azlan dilihat di belakang mencari sesuatu di dalam laci. Kemudian dia yang berbaju-T merah dan berkain pelikat meninjau ke dapur untuk melihat isterinya yang sedang memasak.

Setelah menyedari Elly sedang membuat rakaman video Youtube, suaminya yang dipanggil ‘Papa’ berkenaan mencium tengkuknya dan beredar meninggalkan kawasan dapur. Tersentak dengan tindakan ‘sweet’ berkenaan, telatah lucu Elly membuatkan keratan video tersebut viral di Twitter dan meraih ribuang perkongsian.

Netizen teruja rasa nak kahwin

Sumber: Youtube Elly Mazlein, Twitter

The following two tabs change content below.

×