berita

[VIDEO] ‘Nak Masuk Syurga’ – Ifa Raziah Menangis Jumpa Ustazah Asma’ Harun

September 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Ifa Raziah sebelum ini pernah ditegur oleh pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun berkenaan isu tidak bertudung namun sudah tiga kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Makkah.

Artikel berkaitan : ‘Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali ..’ – Digelar Jahil, Netizen Takut Dengar Ifa Raziah Berhujah

Artikel Berkaitan: Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Ifa Raziah? – ‘Semua Ayat Itu Hanya Hujah Akal Untuk Halalkan Dosa Secara Terbuka’

Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Bergelek Selepas Akikah, Dibayar RM20,000 Untuk Persembahan

Terima teguran

@ifa_raziah #ustazahasmaharun #missdiva @ustazahasmaharun #ifaraziah #maaf #terpalingjuara #playlistajl #trending #fyp #fouryoupage #tiktok #tiktokviral #serifabeauty #starvendors #teamifaraziah #ifaraziahdivas ? original sound – MissDivaifaraziah

Terbaharu, Ifa berkongsi rakaman video ketika bertemu dengan Ustazah Asma’ di sebuah majlis, baru-baru ini.

Menurut pelakon berumur 47 tahun itu, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bersua muka dengan ustazah namun tidak ada rezeki.

Saya nak sangat jumpa ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya. Selepas itu saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.

Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa.

Sebenarnya saya okay sahaja kalau nak menegur, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan? Kalau betul salah, saya minta maaf.

Hati tak tenang

Sementara itu, Ustazah Asma’ turut memohon maaf kepada pemilik nama Saripah Raziah Mustapha sekiranya ada kata-kata yang terguris hati.

Sebenarnya hati saya tak tenang bila ada masalah dengan orang lain. Kita kalau buat benda baik tapi cara itu tidak baik, sebenarnya tidak bagi ketenangan. Tak rasa pun menang atau kita betul.

Kalau kita buat orang terasa hati, buat individu itu rasa terhina.. kita berdosa juga. Memang saya kena selesaikan dengan Ifa. Saya minta maaf banyak-banyak.

Sumber: TikTok @ifa_raziah

SKIP THIS AD ×