berita

[VIDEO] Nasib Baik Sempat Tarik Anak!

August 5th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Sebuah letupan melibatkan pelabuhan di Beirut Lubnan telah mengorbankan lebih 70 nyawa dan kira-kira 4,000 penduduk cedera. Letupan berskala 4.5 richter itu difahamkan berpunca daripada 2,750 tan ammonium nitrat yang disimpan di gudang.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Letupan Setinggi 4.5 Skala Richer, Ribuan Mangsa Cedera

Di media sosial, viral video kejadian menunjukkan beberapa buah rumah turut terkena tempias. Paling menghibakan apabila ibu bapa berusaha menyelamatkan anak-anak daripada terkena runtuhan perabut rumah.

Sorok bawah meja

Pengguna Twitter, Mohammad Jamal memuat naik rakaman video litar tertutup (CCTV) daripada rumah kakaknya di Corniche Al Mazraa. Kelihatan seorang lelaki dipercayai bapa, cuba melindungi anak dengan memeluknya erat dan menyorok di bawah meja. Ketika kejadian, gegaran diikuti kepulan asap memasuki ruangan rumah.

Abai nyawa sendiri

Sementara itu, seorang pembantu rumah warga Afrika sanggup mengabaikan nyawa sendiri apabila bertindak menyelamatkan anak majikannya. Dia pada waktu itu sedang mengemas rumah manakala anak majikannya sedang bermain.

‘She is a hero’

Sumber : moejamal1991santoshkr_08

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×