Pelakon versatil, Nasir Bilal Khan akui memilih dalam menerima sebarang tawaran lakonan untuk elak dipersoal di akhirat kelak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Buat Kerana Duit, Saya Buat Kerana Allah’ – Nasir Bilal Khan
Artikel Berkaitan: ‘Bayar RM100 Satu Babak..Industri Semakin Teruk, Seolah Hina Artis Senior’ – Didie Alias
Masih relevan ke?
@ohbulanofficial Pelakon versatil, Nasir Bilal Khan akui memilih dalam menerima sebarang tawaran lakonan untuk elak dipersoal di akhirat kelak. #ohbulan #fyp #news #nasirbilal #tak #fikir #tentang #glamour ? original sound – OHBULAN!
Kata aktor berusia 64 tahun itu, dia tidak memikirkan mengenai relevan atau tidak.
Menurut Nasir, dia lebih menitikberatkan tanggungjawabnya kepada masyarakat dalam membawa sebuah watak.
Saya tak fikir masih relevan ke tidak.
Kita fikir tanggungjawab, itu saja.
Setiap manusia itu ada peranan.
Pada saya, glamour ini semua biasa saja, tiada apa pun.
Yang penting, tanggungjawab pada masyarakat.
Apa yang saya nak tahu, tawaran yang diberi itu memberi manfaat atau tidak kepada masyarakat.
Sebab itu apa yang saya nak jawab dengan Allah nanti.
Berkongsi lebih lanjut, aktor yang popular dengan watak Tok Adi tersebut menekankan matlamat hidup setiap insan adalah mati.
Nasir berkata demikian ketika ditemui OhBulan!, di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.
Perkembangan selain berlakon
Dalam perkembangan terkini, Nasir memberitahu bahawa kini dia sedang mempelajari ilmu susunan alam.
Saya buat kerja yang saya namakan susunan alam.
Maksudnya, menyusun alam ini sebab sekarang kita dah tersalah susun.
Sepatutnya kita sebagai khalifah di muka bumi ini, tugas kita adalah untuk mengkaji alam.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Tanah Kubur tersebut enggan berkongsi lebih lanjut kerana susah untuk difahami secara bercerita.