Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir selebriti yang mengenakan tudung hanya untuk kerjaya mereka.
Artikel Berkaitan: Che Ta Berang Diva AA Hina Aaisyah – ‘Dia Belum Kena Buku Dengan Ruas Lagi’
Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Kecewa Ramai Selebriti Buka Tudung – ‘Semoga Dibuka Kembali Pintu Hidayah Allah’
Tak ikhlas bertudung
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta sedang merakam momen anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang menyediakan manisan iaitu tanghulu. Aaisyah dilihat memakai tudung berwarna biru dan berjubah berona putih.
Namun luahan yang ditulis Che Ta pada ruangan kapsyen tersebut telah menarik perhatian ramai.
Menurut Che Ta, Aaisyah menyatakan hasrat untuk berhijab dan sebagai seorang ibu dia menasihati anak perempuannya itu tentang aurat.
Dia kata bulan puasa dia nak pakai tudung, saya kata pakai tudung ni bukan bulan puasa saja..bukan seronok-seronok pakai sebab jadi model tudung. Tapi tutup aurat ni wajib sama macam solat dan puasa juga.
Bagaimanapun, aktres jelita tersebut berasa kecewa dengan sikap segelintir selebriti yang tidak ikhlas menutup aurat malah melakukannya semata-mata demi wang.
Ramai orang perempuan dekat luar sana terutamanya selebriti sanggup sarung tudung cuma sebab dapat bayaran, jadi model tudung bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dengan bayaran.
Jangan macam tu, malu dengan Allah. Allah tak suruh buat tapi manusia suruh terus buat sebab duit. Nauzubillah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Che Ta mendidik anaknya dan bersetuju dengan teguran yang diberikan.
Salute la Che Ta!
Sentap selebriti tersebut.
Mendalam betul kapsyen Che Ta, terbaik.
@rozitachewan1 Dia kata bln posa dia nk pakai tudung, kami kata pakai tudung ni bkn bln posa saja, bkn seqonok2 pakai sb jadi model tudung ka , tapi tutup aurat ni wajib aaisyah oiii sama mcm solat dan posa jgk .. qamai org pompuan kat luaq sana terutamanya selebrity ,sanggup saqung tudung cuma sebab dpt bayaran, jadi model tudung, !bukan sebab perintah Allah tapi sebab perintah manusia dgn bayaran ! jangan mcm tu cik oiiii malu dgn Allah ! Allah suruh tak buat, tapi manusia suquh tequih buat sb duit ! nauzubillah . Dia tgh cuti sekolah ni , qajin la masuk dapoq ? . #aaisyahdhiarana #fyp #perfumeaaisyah #roxy #foxy
Sumber: TikTok Rozita Che Wan