Suami yang bersifat romantis dengan isterinya akan diberikan ganjaran pahala. Menyantuni isteri adalah antara perkara wajib bagi seorang suami untuk memastikan keharmonian berpanjangan.
Itu juga yang diamalkan dalam rumah tangga pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail bagi mengekalkan kebahagiaan.
Artikel Berkaitan: Neelofa Rancang Ikut Haris Sambung Belajar, Ambil Peluang Dalami Bahasa Arab
Dapat hadiah
@neelofaMoga Allah sentiasa bagi berkat dalam limpahan rezeki suamiku & mudahkan setiap kerja yang dilakukannya ??? Takdir Cinta – Lesti & Rizky BIllar
Terbaru, menerusi akaun TikTok, Neelofa meluahkan rasa terharu apabila menerima seutas gelang tangan berjenama mewah daripada Haris atau PU Riz pada Jumaat lalu.
Kata bekas hos MeleTOP, ini bukan kali pertama suami tercinta membuat kejutan untuk dirinya dan dia sangat bersyukur dengan rezeki Allah.
Kisah hari ini, suami balik dari solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut, terharu, happy, syukur dan semua perasaan yang baik-baik alhamdulillah.
Sebenarnya ini bukan kali pertama pak ustaz beli bawa balik surprise. Lofa suka tengok video bila suami bagi hadiah dekat isteri. Doakan keberkatan rumah tangga kami.
Terhibur baca komen
Apa yang mencuit hati apabila golongan isteri membanjiri ruangan komen di hantaran itu. Rata-ratanya ‘sporting’ berkongsi pengalaman suami masing-masing apabila pulang dari solat Jumaat.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor juga rajin membalas komen di samping terhibur membaca kisah para suami di luar sana.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber: TikTok neelofa