Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah yang pernah bersiaran di slot Akasia TV3 sebelum ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton.
Teraju utama iaitu Aniq Suhair baru-baru ini berkongsi reaksi neneknya ketika menonton drama tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Senang Nak Jadi Baik, Sekurangnya Cuba’ – Aniq Suhair
Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Aniq Suhair Lari’ Dari Tanggungjawab – ‘Aku Akan Post Kronologi, Biar Polis Buat Kerja’
Teguran nenek
Menerusi perkongsian di media sosial, Aniq atau nama sebenarnya Aniq Suhair Mohd Salleh mendedahkan bahawa neneknya meluahkan perasaan kurang senang dengan lakonannya terutama babak bersama pelakon wanita.
Nenek saya hari Isnin sampai Jumaat pukul 7 masa tengok cerita tu dia akan telefon. Dia membebel, tapi kadang-kadang saya tak angkat.
Dia kata ‘kenapalah tidur dengan perempuan atas katil? Tok tak berkenan betullah, tak kisahlah kalau berlakon pun. Tok tak pandai bab-bab berlakon ni tapi janganlah tidur dengan perempuan tok tak suka.’
‘Banyak ke duit berlakon tu? Berlakon pegang sana, pegang sini.‘
Pelakon berusia 24 tahun itu kemudian menerangkan kepada neneknya tentang realiti sebenar dunia lakonan.
Saya terangkan dekat dia yang saya cuma berlakon bukan tidur betul-betul, shooting atas katil beberapa minit lepas tu balik. Saya pujuk dia macam nak pujuk girlfriend.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur mendengar celoteh nenek Aniq dan menyifatkannya sebagai seorang yang penyayang dan prihatin terhadap cucu.
Dalam masa yang sama mereka juga memuji sikap Aniq yang sentiasa melayan gelagat neneknya.
Tahniah Aniq jadi cucu yang baik, layan nenek walaupun tahu dia akan membebel.
Seronok dapat nenek macam tu prihatin, itu yang kita rindu.
Betul la tu, tok takut terjadi apa-apa.
Bagus la ada nenek tolong tegur.
@jjustiqb Aniq jadi nenek #ustaziqbal #aniqsuhair #voteforcbdws2 #fyppppppppppppppppppppppp #trending #fyp #foryou #dramasangat #akasiatv3 #yangpentingPINK #handsome #cowomalaysia
Sumber: TikTok