berita

[VIDEO] Netizen Bengang Lihat Suami Baran Pukul, Hentak Kepala Isteri

July 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Viral di laman Facebook sebuah video dipercayai seorang suami bertindak kasar memukul isterinya. Video itu dirakam seorang individu berdekatan kediaman tersebut sambil marah dan ugut si suami. Video yang dikongsi pengguna Facebook iaitu Haniff Ghani ini bagaimanapun telah menimbulkan rasa tidak berpuas hati netizen apabila melihat aksi keterlaluan si suami terhadap isterinya.

Janganlah buat macam ni depan anak

https://www.facebook.com/haniff.ghani.1/videos/267737007658844/

Video berdurasi 1:00 minit yang dikongsi melalui group Facebook Info Kemalangan dan Info Jenayah ini telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata geram dan tidak puas hati sebaik sahaja melihat kekerasan si suami terhadap isterinya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu bergaduh di depan anak-anak mereka. Malah, si suami didakwa telah menghentak kepala isteri ke dinding, selain mencekik leher isteri dengan sebatang kayu.

Binatang betul lelaki ini!

Netizen juga menasihati umum sekiranya menghadapi masalah keluarga, pastikan berbincang dengan sebaiknya. Tidak perlu menggunakan kekerasan seperti memukul, cekik atau tampar pasangan. Tindakan tersebut secara tidak langsung akan memberi kesan mental kepada anak-anak yang melihat.

Sumber: Info kemalangan dan info jenayah

SKIP THIS AD ×