Meskipun sudah memilih jalan perpisahan namun pelakon kacak Fattah Amin masih lagi menyayangi perkahwinannya bersama aktres Fazura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Terserempak Dengan Fattah Amin Di Surau, Netizen Sayu Tengok – ‘Mungkin Hanya Pada Allah Tempat Dia Untuk Mengadu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Main Sentimen Tidak Beri Nafkah, Kereta Range Rover Bukan Hadiah’ – Fattah Amin
Cincin kahwin?
@aroistreetmart betul ke tak ni #aroistreetmart #fattahamin #fyp #viralvideo
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin sedang berada di sebuah restoran dan menikmati nasi kerabu sambil bermain telefon.
Namun yang menarik perhatian warganet adalah cincin yang disarung di jari manis aktor berusia 34 tahun itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa cincin yang dipakai oleh Fattah itu adalah cincin perkahwinannya yang masih belum ditanggalkan walaupun sudah bercerai.
Sweet la pula, masih pakai cincin kahwin.
Cincin kahwin tu..jelas sangat.
Dia masih pakai cincin kahwin ke tu?
Tengok jari dia..nampak ya.
Lelaki kalau masih pakai cincin kahwin tu bermakna dia masih sayangkan isteri dan perkahwinan itu. Kalau tak sayang dah lama dia tak pakai kecuali hilang.
Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.
Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: TikTok Aroi Street Mart