Foto: Ahmad Maslan
Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan menerusi beberapa platfom di media sosial berkongsi aktivitinya menebas rumput di sebuah kawasan pondok wakaf rekreasi Kampung Lubok Sipat, Benut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Gelak Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir
Artikel Berkaitan: Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan Bikin Kecoh, Syed Saddiq Gelar ‘Jenayah Lagi Besar 1MDB
Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Ketawa Netizen Didakwa ‘Lari’ Dari Soalan Minyak, Ini Jawapan Ahmad Maslan
Aktiviti menebas
Video pendek menebas rumput di kawasan pondok wakaf rekreasi Kpg Lubok Sipat #Benut #Pontian #Johor pada petang Sabtu 10 Julai 2021.
Rumput semak samun yg tinggi wajar dibersihkan agar tempat kelihatan selamat & menarik. pic.twitter.com/SIdK9R1e7F
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) July 10, 2021
Menerusi video berdurasi kurang 30 saat itu, memaparkan Ahmad Maslan menebas kawasan yang dipenuhi rumput yang agak ‘panjang’ dengan menggunakan sebilah parang. Ujar Setiausaha Agung UMNO ini, kawasan tersebut wajar dibersihkan supaya selamat dan kelihatan lebih menarik.
Memancah rumput (tebas rumput yang panjang) untuk membersihkan wakaf tempat duduk di tempat saya di Lubok Sipat, Benut, Pontian.
Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet yang memberikan ‘komen’ terhadap penggunaan parang yang disifatkan sebagai tidak bersesuaian untuk menebas rumput yang panjang itu.
Tidak berakhir di situ, netizen juga sempat mencadangkan alternatif lain yang boleh digunakan olehnya.
Respon netizen
Ujar netizen lagi, proses menebas rumput itu lebih mudah jika dilakukan menggunakan mesin rumput dan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat berbanding menggunakan parang.
Pada masa yang sama, netizen sempat menjelaskan Ahmad Maslan kelihatan ‘kekok’ ketika menggunakan parang tersebut dan teknik yang digunakannya adalah salah.
Sumber: Ahmad Maslan