berita

[VIDEO] Netizen Kaget Lihat Fesyen Aizat Amdan – ‘Ingatkan Sam Smith’

October 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Segelintir netizen meluahkan rasa terkejut melihat penampilan penyanyi Aizat Amdan sewaktu membuat persembahan di sebuah konsert baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Aizat Amdan Teruja ‘Hadiahkan Duka Kepadamu’ Diterima Baik Peminat

Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Tengok Perubahan Bentuk Badan Aizat Amdan– ‘Makin Sihat Lepas Kahwin, Pandai Bini Jaga’

Macam Sam Smith?

Aizat Amdan

Menerusi sepotong video yang tular di TikTok, Aizat dilihat mengenakan baju tanpa lengan berwarna biru yang dipadankan dengan seluar pendek kilat berona kelabu.

Malah, penyanyi berusia 34 tahun itu turut dilihat mengenakan aksesori seakan bengkung di bahagian perutnya.

Selain fesyen yang menjadi tumpuan, gaya rambut Aizat yang diwarnakan sedikit pada bahagian hadapan turut menyorot perhatian.

Difahamkan, Aizat membuat persembahan itu ketika menjadi penyanyi undangan pada konsert penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia iaitu Yuna yang berlangsung malam tadi.

Bagaimanapun, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas seakan terkejut melihat fesyen pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu itu sehingga ada yang menyamakan dengan penyanyi Hollywood iaitu Sam Smith.

Pun begitu, masih ada segelintir netizen yang memuji Aizat berani tampil dengan fesyen berbeza daripada kebiasaannya.

Video

@ariaputerakamalAizattt Amdan !!!? original sound – Aria Putera Kamal

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×