berita

[VIDEO] Netizen Ketawa ‘Pecah Perut’ Lihat Lelaki Panjat Pagar Dikejar Anjing

June 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Video Popular

Seorang penghantar barang berdepan detik cemas apabila dia dikejar seekor anjing semasa berada di hadapan rumah pelanggan. Rakaman video yang di muat naik menerusi Twitter Tuudiaaa memaparkan kelincahan lelaki tersebut untuk menyelamatkan diri daripada digigit anjing. Lebih melucukan, si perakam video tersebut gelak besar selepas melihat telatah rakannya itu.

Kesian dia

Semasa lelaki berkenaan sedang menghantar barang kepada pelanggan, secara tiba-tiba datang seekor anjing yang mengejarnya. Lantas dengan itu dia bertindak memanjat pagar rumah pelanggannya bagi menyelamatkan diri. Rakannya yang berada di dalam van hanya merakam kejadian itu sambil gelak besar. Rata-rata netizen turut terhibur dengan telatah lelaki berkenaan, serta ada yang berharap agak anjing berkenaan masuk ke dalam van dan mengejar si perakam. Hal ini kerana semasa kejadian pintu van tidak ditutup.

10 kali aku ulang tengok

Sumber: Tuudiaaa

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×