Nama pelakon kacak, Syafiq Kyle tidak perlu diperkenalkan lagi. Lakonan hebat yang dipamerkan dalam setiap naskhah yang dibintangi pasti memberi kesan dan mendapat tempat di hati peminat.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Ujian Dalam Tempoh Pertunangan, Hanya Saya Yang Tahu’ – Syafiq Kyle
Artikel Berkaitan: Syafiq Kyle Selektif Terima Tajaan Perkahwinan
Malah, apa sahaja yang dikongsikan pemilik nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak di laman sosial pasti mendapat perhatian terutama dalam kalangan peminat wanita.
Belanja badan
Terbaharu, Syafiq telah mencuri perhatian netizen selepas tular sepotong video di laman TikTok yang memperlihatkan tubuh badannya.
Menerusi video yang dikongsikan seorang pengguna yang dipercayai jurulatih peribadi Syafiq, dia dan aktor itu dilihat usai melakukan senaman (workout) di sebuah gymnasium sebelum merakam video bersama di hadapan cermin.
Menerusi video tersebut juga, jurulatih berkenaan ada bertanyakan kepada aktor berusia 30 tahun itu berapa lama masa yang akan diambil untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan sebelum dijawab oleh Syafiq iaitu dalam tempoh sebulan.
Netizen cair
Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen seakan ‘terpegun’ selepas melihat aktor itu menayangkan tubuh badannya kepada umum.
Malah, ada juga yang berseloroh dengan mengingatkan semula watak Syafiq dalam drama Nur.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 300,000 tontonan dan 20,000 tanda suka.
Video
@iamcaptainjoe #syafiqkyle #syafiqkylez #positivemotivation #gymmotivation #fitnessjourney #motivasigym #fitnesschallenge #don‘tgiveup #bodybuildingtips #themuscle #workoutmotivation #bodybuilding #fitnessmotivation #fitlife #fitnessmodel #explorepage #workoutideas #gymlife #motivationformen #captainjoeworkout #motivation #syafiqkyle ? original sound – Captain Joe
Sumber: TikTok