Pelakon Syafie Naswip mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video di TikTok yang memaparkan dirinya bersama kru produksi menari lagu Bollywood berjudul Chandi Ki Daal Par.
Artikel Berkaitan: Syafie Naswip Sah Bergelar Suami, Serah Mas Kahwin RM300 Buat Cinta Hati
Artikel Berkaitan: Syafie Naswip Turun 27KG Bagi Menghidupkan Watak Gangster
‘Tak boleh, masing-masing dah kahwin’
@syafienaswip #filempendek #luluh ? suara asli – ??? – ©?apri_??olly
Video yang dimuat naik di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, yang bukan sahaja terhibur dengan aksi spontan mereka tetapi juga meluahkan rasa rindu melihat Syafie dan aktres, Afifah Nasir menari bersama lagu-lagu Bollywood.
Malah, ada di antara netizen meminta Syafie dan Afifah kembali berduet dalam tarian lagu Hindi memandangkan mereka berdua cukup sinonim dengan lagu-lagu bertemakan Bollywood.
Menjawab permintaan tersebut, Syafie menegaskan bahawa mereka tidak boleh lagi berbuat demikian kerana masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.
Tak boleh, masing-masing dah kahwin. Kena hormat pasangan masing-masing.
Susulan itu, netizen meluahkan rasa kagum terhadap pendirian Syafie yang menghormati statusnya sebagai suami serta menjaga batas pergaulan dengan wanita lain.
Komen
Sumber: TikTok Syafie Naswip