Video lamaran yang dilakukan pempengaruh Ubai kepada penyanyi Shila Amzah di Sunway Lagoon menjadi bualan ramai sejak dimuat naik di media sosial.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Ubai Bertunang, Netizen Doakan Urusan #ShiBai Dipermudahkan
Artikel Berkaitan: ND Lala Hadir Ke Majlis Pertunangan Shila Amzah, Tersenyum Bergambar Satu Keluarga
She said ‘yes’
@ubaimz She said yes ! #sembangentertainment ? A thousand years – Zeus
Menerusi hantaran itu, Ubai berkongsi video yang memaparkan acara makan malam romantis yang berkonsepkan candle light dinner bersama Shila.
Berdasarkan kapsyen yang ditulis di Instagram (IG), Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli menyatakan ini adalah lamaran pertama seumur hidup yang pernah dilakukan.
Alhamdulillah. First time in forever.
Ubai dan Shila yang sedondon memakai warna putih memulakan hari bahagia itu dengan meraikan di tepi tasik. Kemudian, satu kejutan kain rentang di atas jambatan gantung yang tertulis, ‘Will you marry me Sha?’
Pemilik nama Nurshahila Ami Hamzah terkejut namun masih tersenyum bahagia. Pada hari lamaran yang dipercayai sehari sebelum pertunangan, Ubai menghadiahkan sebentuk cincin lalu diserahkan kepada Shila untuk dipakai di jari manis.
Perancangan Allah indah
Semestinya perkongsian itu meraih pujian warganet yang menyifatkan Ubai seorang lelaki yang ‘gentlemen.’
Selain itu, rata-rata pengikut menyatakan Shila telah bertemu dengan pengganti yang tepat di samping mendoakan agar urusan mereka untuk mendirikan rumah tangga akan dipermudahkan.
Terdahulu, Ubai dan Shila mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada 26 Mei lalu.
Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun, usia perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun apabila mereka disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang putera bernama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok