Malam tadi berlangsungnya pernikahan kakak sulung kepada usahawan dan pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin dengan pilihan hatinya, Azhar Othman.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kantoi Lockscreen Tak Boleh Beza Muka ‘Sama’, Netizen Berdekah Gelak Lihat Gelagat Syida & Syafiqa Melvin
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin & Adik Beradik Profesional Cari Rezeki – ‘Buat Apa Nak Gaduh?’
Anak-anak Syafiqa
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan pasangan yang memakai busana sedondon berwarna putih itu duduk bersebelahan di pelamin setelah selesai akad nikah.
Majlis kemudian diteruskan lagi dengan upacara menyarung cincin ke jari mempelai.
Paling istimewa, kedua-dua orang anak kepada Syafiqa iaitu Zayyan Sufi, 10, dan Zahara Sumayya, 7, membawa cincin tersebut lalu diberi kepada ibu dan bapa mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat momen tersebut selain turut mendoakan kesejahteraan perkahwinan kedua usahawan itu.
Part yang kak long usap pipi Zayyan tu terus menitik air mata.
Semoga kekal hingga ke syurga, saya pun tersentuh tengok video ini.
Aku pula sebak tengok anak-anak comel ni. Selamat pengantin baru.
Untuk info, pemilik nama sebenar Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli politik iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada tahun 2012. Namun Zainal Abidin disahkan meninggal dunia pada 2018 akibat kanser darah.
@bonnorhidayah Replying to @Balkish | LIVE HOST TRAINER #syafiqamelvin #syafiqamelvinkahwin #fiqawinazhar #themelvinslive #kaklongkahwin
Sumber: TikTok