Tindakan personaliti media sosial, Ceddy Ang yang membeli Al-Quran dengan niat untuk mempelajarinya telah mendapat respon positif daripada warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Pernah Kerja Dengan Dia Tahulah Perangai Dia Macam Mana’ – Pempengaruh Kongsi Pengalaman Bekerja Dengan Artis Berperangai ‘Syaitan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lima Tahun Peluk Islam, Daud Kim Teruja Dapat Beli Tanah Untuk Bina Masjid Di Incheon
Mendalami Al-Quran
@ceddyornot Whenever I join my Muslim friends for puasa and I speak up for Palestinians, there will always be questions like “Bila nak masuk Islam?” While it’s not necessarily a harmless question, kadang2 kena rilek juga because I want to learn more before committing kan? And today I decided to pick up a beautiful Quran and start reading it. The next time if you wanna buy a Quran for yourself or for your loved ones. Boleh je visit karangkraf mall. Cantik buku buku dia!
? original sound – Ceddy – CEO of Makan Makan – Ceddy – CEO of Makan Makan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ceddy dilihat sedang berada di sebuah kedai buku dan menyatakan hasrat untuk membeli senaskah Al-Quran.
Dalam pada itu, pada kapsyen hantaran tersebut, pempengaruh berusia 36 tahun berkenaan berkongsi bahawa dia sering menerima soalan adakah dia akan memeluk Islam.
Setiap kali saya sertai rakan-rakan muslim untuk berpuasa dan bersuara untuk rakyat Palestin, akan selalu ada soalan, ‘bila nak masuk Islam?’
Meskipun soalan tersebut tidak dianggap sentitif buatnya namun Ceddy berharap warganet memberi masa untuknya mendalami Al-Quran terlebih dahulu.
Walaupun ianya bukanlah soalan yang membahayakan, namun kadang-kadang kena relaks juga sebab saya mahu belajar dengan lebih lanjut sebelum melakukannya. Dan hari ini saya memilih untuk membeli Al-Quran dan mula membaca.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Ceddy yang mengenakan sarung tangan semasa menyentuh Al-Quran sebagai tanda menghormati kitab suci itu.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar pempengaruh itu dikurniakan hidayah dari Allah SWT.
Bagusnya, walaupun tafsir tapi dia masih pakai sarung tangan. Sangat beradab dan sensitif.
Harapnya Ceddy dapat menemui ketenangan semasa mendalami Al-Quran.
Insya-Allah, semoga dipermudahkan urusan untuk mempelajari tentang Islam.
Sumber: TikTok Ceddy Ang