Baru-baru ini, pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan telah mencuri perhatian netizen apabila dia membuat video TikTok bersama anaknya menjadi tular.
Artikel Berkaitan: Ucapan Puitis Jalaludin Hassan Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-50 – ‘Isteriku Dunia Akhirat’
‘Sekali ajar saja’
@nurulzaty_ Cherishing the bond we share. I love you Abah forever and always ?? @jalaludinhassan PS: He did very well ye. Sekali ajar je hahha ? @Arifissocoollike #fatherdaughter #fatherlove #tiktoktrend
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat Jalaluddin Hassan telah melakukan trend TikTok bersama anak perempuannya, Izzati ketika sedang berjalan-jalan di sebuah taman tema.
Apa yang mencuri perhatian netizen adalah pelakon berusia 69 tahun itu membuat trend tersebut dengan sangat baik.
Dalam pada itu, Izzati turut menitipkan ucapan yang mengharukan di ruangan kapsyen serta memberitahu bahawa Jalaludin Hassan dapat membuatnya dengan baik walaupun baru belajar.
Meraikan ikatan yang kita meterai bersama. Saya sayang abah sentiasa dan selamanya.
PS: Dia buat dengan sangat bagus ye. Sekali ajar je hahha
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan gembira melihat momen tersebut, malah ada yang turut mengatakan bahawa Jalaluddin Hassan sebagai abah kepada rakyat Malaysia.
Bukan itu saja, ada juga yang berseloroh menyatakan bahawa Jalaluddin Hassan adalah ‘King of TikTok’.
Sumber: TikTok