Pempengaruh Nur Afilah Amir Rusdi tampil membuka mulut dan menjawab pertanyaan netizen berhubung cara suaminya makan menggunakan tangan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Sering Difitnah Di Media Sosial, Suami Fila Muat Naik Video Mengenai Pekerjaan Sebenar – ‘Saya Ada Kedai Dekat Sana’
Artikel Berkaitan: Keputusan IVF Gagal, Fila Dan Suami Redha Dengan Perancangan Tuhan
Artikel Berkaitan: Pempengaruh Fila Kesal Perkahwinan Masih Dikecam Netizen, Didakwa Pilih Suami ‘Asal Boleh’
Kenapa tak makan macam orang Melayu?
Menurut Fila, setiap orang mempunyai cara makan menggunakan tangan yang berbeza termasuk suaminya iaitu Adama Muhamed Camara. Ujar Fila, sejak kecil sehingga dewasa suaminya dibesarkan dengan cara sebegitu dan dia tidak boleh mengubahnya.
Di dunia ini ada banyak bangsa. Afrika, Arab, Eropah, Latina. Semua makan ikut cara tersendiri. Bukan sebab tak tahu ke. Bukan sebab orang tu baru belajar makan pakai tangan. Dia membesar cara makan macam tu. Kalau semua nak ikut cara orang Melayu, dulu baik kahwin dengan orang Melayu. Kita kahwin sebab menerima orang dengan seadanya. Kita bukan nak mengubah dia.
Tambah Fila, dia menerima suaminya itu dengan seadanya meskipun setiap tingkah laku dan kehidupan mereka diperhati ramai.
Bukan Malaysia sahaja ada budaya
View this post on Instagram
Di ruangan kapsyen, Fila turut menegaskan bahawa bukan semua bangsa di benua Afrika makan fufu.
Bukan semua bangsa di benua Afrika makan fufu macam nasi lemak. Bukan semua negara di Asia makan nasi lemak. Tak ada salah tak ada betul. Nampak sopan di budaya kita, tak emestinya nampak sopan di budaya orang lain. Orang lain pun ada budaya, bukan Malaysia ja ada budaya.
Terdahulu, seorang individu meninggalkan komen berbentuk kasihan sebaik sahaja melihat cara Adama makan nasi menggunakan tangan. Ujar individu tersebut, nasi yang dimakan oleh Adama pada waktu itu kelihatan berderai di tangan sewaktu tengah makan.
Sumber: Fila