Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok sering mencuri perhatian selepas berkongsi beberapa foto dirinya menggayakan pelbagai jenis fesyen sehinggakan menjadi ikutan ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wak Doyok Tayang Fesyen ‘Old Money’, Netizen Tanya Tak Nak Beli TRX Ke? – ‘Mengarut Sangat Tu’
Kongsi momen di Eropah
@wakdoyok8055 The gentleman style ?? naik public transport aje. #oldmoney #gentleman #suit #style #fyp #foryoupage #foryou #europa?? ? original sound – Jarinpat
Terbaharu, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor berkongsi momen sepanjang dirinya bercuti di Eropah.
Dapat dilihat, Wak begitu bergaya mengenakan beberapa pasang suit sepanjang berada di sana dan menunjukkan seolah berada di ‘level’ yang tersendiri.
‘The gentleman style’, naik pengangkutan awam saja (sepanjang di sana).
Perkongsian yang dibuat itu telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji gaya pemakaian yang digayakan Wak Doyok.
Sejak kebelakangan ini, gaya ‘Old money’ dilihat menjadi trend sehingga ramai yang mula mencuba menggayakan fesyen tersebut di media sosial.
Komen netizen
Sumber: TikTok Wak Doyok