berita

[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Lelaki Jamu Anjing ‘Breakfast’ Roti Sapu Mentega

March 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok memaparkan seorang lelaki sedang memberi makanan kepada beberapa ekor anjing liar telah mencuri perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mas Khan Tak Kisah Dikecam Bela Anjing, Bila Pegang Basuh Guna Sabun Sertu – ‘Saya Bukan Tak Tahu Halal Haram ..’

Artikel Berkaitan: Lelaki Maut Ditembak Anjing Dalam Perjalanan Keluar Berburu

Roti sapu mentega

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan gelagat seorang lelaki memberi sarapan kepada anjing-anjing liar yang berlegar-legar di kawasan rumahnya.

Balik-balik ada yang sedang menunggu sarapan di hadapan rumah.

Tindakan lelaki yang budiman itu telah mencuit hati warganet ketika dia menyapu mentega ke atas beberapa keping roti sebelum diberikan kepada anjing-anjing liar tersebut. Selain roti, anjing-anjing liar itu turut diberikan makanan haiwan.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata perbuatan lelaki tersebut menghiburkan warganet serta mereka memuji sikap berkongsi rezeki bersama haiwan.

Dengan muka serius sapu mentega ingat nak breakfast dekat luar bersama jiran. Rupa-rupanya siapkan breakfast untuk tetamu comel.

Aku ingatkan sapu mentega dekat roti tu, dia nak makan sambil menikmati pemandangan luar. Sekali, nah kau ada berbulu(anjing) tengah menunggu.

Bagusnya ini contoh muslim yang baik, saya sangat bangga. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Berdasarkan tinjauan OhBulan! video tersebut telah memperoleh lebih 600,000 tontonan dan 39,000 tanda suka.

@ammermohd262

#love #fyp #fyp? #kittensoftiktok #cat #petsoftiktok #pet #puppy #dogsoftiktok #dog #Ipoh #Perak #Santai #family #sibling #menbestfriend

? Funny – Gold-Tiger

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×