berita

[VIDEO] Netizen Tuduh Tolak Poligami, Ini Respon Puteri Sarah – ‘Lelaki Nak Berpoligami Cari Bakal Isteri Yang Baik’

July 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama pelakon Puteri Sarah Liyana hangat diperkatakan selepas mendakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Kazar Buat ‘Content’ Di Kedai Emas, Netizen Kecam Sebab Tak Jaga Hati Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Pihak Ketiga Dakwa Balik Dari Umrah Nak Bercerai, Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri

Kalau Ira Kazar datang minta izin?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Terbaru, ketika siaran langsung di Instagram (IG), Puteri Sarah diajukan soalan ‘cepumas’ oleh aktres Nad Zainal.

Ada plotwist macam dalam drama. Dia (Ira) baik, jumpa kau minta izin, nak jadi nombor dua, dia kata minta maaf mu okey tak?

Jawab Puteri Sarah, 37, sekiranya Ira tampil bersemuka pada empat tahun lalu, berkemungkinan dia boleh pertimbangkan.

Kalau awal-awal dia buat macam tu..mungkin aku marah. Mungkin akan pertimbangkan. Tapi awal-awal kau dah buat macam-macam, serang mak mentua aku.

Selepas kena block dengan mak mentua aku, dia kacau pula adik-adik Syamsul. Apa benda!

Netizen kata saya halang poligami

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga menyelar pertikaian netizen yang mendakwa dia menghalang poligami.

Orang semua kata saya halang poligami. Rasulullah SAW (Nabi Muhammad) berkahwin lain selepas Siti Khadijah wafat. Para lelaki di dalam ini (Instagram) tolong dengar baik-baik.

Rasulullah tak suka Fatimah az-Zahra (anak) dimadukan. Jadi korang baca dulu dan fahamkan. Jangan main cakap kata lelaki boleh kahwin empat.

Lagi satu, kalau lelaki nak berpoligami cari keturunan yang baik-baik. Cari bakal isteri yang baik.

Pada Khamis lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @nad.zainal

SKIP THIS AD ×