berita

[VIDEO] ‘Next Level Buletin Utama’ – Konsep Kreatif Berita TV3 Buat Netizen Berdekah, Siap Ada ‘Lagu Rap’ Lagi!

April 12th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Buletin Utama TV3 merupakan salah satu platform penyampaian berita yang berfungsi untuk menyebarkan maklumat dan isu semasa kepada rakyat Malaysia. Jika sebelum ini Buletin Utama  pernah ‘buat hal’ dengan membuat headline berita bola sepak yang agak melucukan tetapi kali ini lain pula kisahnya apabila mereka menggunakan idea dalam menghasilkan video yang kreatif.

‘Good job Malaysia’

Sedutan video daripada Buletin Utama TV3 bertarikh 11 April 2020 yang berdurasi 0:43 saat ini dikongsikan oleh Alif Megat di laman Twitternya. Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Konsep penyampaian berita yang santai dan berbeza daripada konsep sebelum ini sememangnya mampu menarik perhatian para penonton.

Selain itu, idea menarik dan kreativiti yang ditonjolkan mereka dalam menghasilkan video turut mendapat pujian ramai. Lebih menarik apabila Buletin Utama menggunakan ucapan Perdana Menteri yang telah dibuahsuai menjadi sebuah lagu Rap sebagai latar belakang muzik dalam video berkenaan. Seperti yang kita sedia tahu bahawa ‘lagu Rap’ tersebut seakan-akan sudah menjadi satu ikutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah, netizen juga menyifatkan Buletin Utama TV3 ini sangat dekat dengan penonton lebih-lebih mereka mengikuti trend masa kini dan ianya seiring dengan situasi negara.

Respon netizen

Sumber: Alif Megat

SKIP THIS AD ×