berita

[VIDEO] ‘Ngam ‘Landing’ Dekat Kampung Pisang’ – Netizen Tanya Anak Siapa Berlakon Dengan Shah Rukh Khan Ni?

March 22nd, 2023 | by Wani
Kini Trending

Nama pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan sudah tidak asing lagi dalam kalangan peminat Hindustan di Malaysia. Terbaru, viral semula sebuah babak yang terdapat di dalam ‘Don The Series 2006’.

Artikel Berkaitan: Tamat Penggambaran Di Arab Saudi, Shah Rukh Khan Tunai Umrah

Artikel Berkaitan: Bawa Banyak Jam Tangan Mewah Naik Kapal Terbang, Shah Rukh Khan Kena Tahan Dekat Kastam

Artikel Berkaitan: Wajah Shah Rukh Khan Terpampang Di Burj Khalifa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-57

SRK di Kampung Pisang

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, aksi SRK muncul dari langit menggunakan payung terjun di sebuah kampung ternyata memukau perhatian netizen.

Difahamkan, penggambaran tersebut dipercayai berlaku di Kampung Pisang, Perak. Babak tersebut juga menunjukkan dua orang kanak-kanak lelaki berbangsa Melayu dilihat sedang bergurau sesama sendiri sebelum SRK muncul di belakang.

Ngam-ngam SRK landing dekat Kampung Pisang. Anak siapa berlakon dengan SRK ni, dah ada anak dah kot budak ni sekarang.

@ilifahry

Ngam ngam ek Shah Rukh Khan landing dekat Kampung Pisang ? Anak siapa berlakon dengan SRK ni , dah ada anak dah kot budak ni sekarang ? #klproblem #malaysia

? Ngopi Maszeh – Happy Asmara

Untung kau dik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui dua kanak-kanak lelaki itu yang dapat bertemu SRK dan berlakon bersama walaupun tanpa dialog.

Sumber: TikTok @ilifahry

SKIP THIS AD ×