Pelakon, Nabila Huda berkongsi momen dirinya sewaktu awal perkenalan dengan suami, Mohd Izwan Johar menerusi satu sesi temu bual bersama penyampai radio Kool 101, Haiza dan Muaz.
Artikel Berkaitan: Demi Usaha Dapatkan Cahaya Mata, Nabila Huda Beli Pil Bantu Hamil Di London
Suami tak minat Nabila
@kool101my “Ini kena memang jadi suami aku ni. Aku tak kira dia nak aku ke tak ke, aku akan cuba dapatkan sampai dapat. Aku akan cari mak bapa dia.” – Nabila Huda ? Nabila Huda @Nabila Huda bercinta lepas kahwin rupanya. Dan dia yang mula approach suami ? Dengarkan Pagi On Point Close Up bersama Nabila Huda di aplikasi Audio+ sekarang! #Kool101 #PagiOnPoint #closeup #NabilaHuda #nabilahuda ? original sound – Kool 101
Menerusi video dimuat naik Kool 101 di TikTok, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi mendedahkan bahawa dirinya yang bertindak mendekati Izwan ketika awal perkenalan kerana suaminya itu tidak menunjukkan sebarang minat terhadap dirinya.
Masa perkenalan saya dengan dia, dia sebenarnya tak suka pada saya pun. Dia jujur cakap dengan saya dia memang tak minat sangat lagi-lagi sebab saya ni selebriti.
Tapi saya yang approach dia, berkawan dulu dengan dia dan berkawan.
Sehinggalah satu hari, Nabila membuat keputusan membawa anaknya, Keisha bertemu dengan Izwan untuk melihat cara layanan yang akan diberikan kepada anaknya itu.
Menurut Nabila, cara layanan yang ditunjukkan kepada Keisha ketika itu telah membuatkan dirinya jatuh cinta kepada Izwan.
Kemudian saya bawa dia jumpa anak saya sebab saya nak tengok.
Kita ni bila dah jadi ibu tunggal, perkara yang paling penting ialah adakah lelaki pilihan kita tu boleh terima anak kita atau tak? Kalau dia tak boleh terima, ‘Dah! Kau boleh berambus dari hidup aku’
Lepas itu saya tengoklah kan, bila dia datang jumpa, dan sebenarnya Keisha ni susah nak dekat dengan orang tapi saya tengok Keisha jatuh cinta terus dengan Izwan.
Cara dia pegang Keisha tu pun saya tahu dia seorang pencinta kanak-kanak yang memang boleh dengan budak-budak. Saya dah jatuh cinta pada dia terus waktu itu.
Tunggu dua tahun
Tambah pelakon filem ‘Rahsia’ itu lagi, dia terus bertanyakan kepada Izwan mengenai perihal perkahwinan dan sanggup menunggu suaminya itu selama dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga.
Saya terus cakap, ‘Inilah dia. Ni memang kena jadi suami aku ni. Aku tak kira dia nak aku ke tak, aku akan cuba sampai dapat. Aku akan cari mak ayah dia dan akan pergi kampung dia’. Sampai macam itu sekali.
Lepas itu saya tanya dia bila nak kahwin? Dia jawab lagi dua tahun dan saya terus cakap, ‘Saya akan tunggu awak’.
Dia terus cakap, ‘Eh kau ni gila ke apa?’. Terus terang saya cakap, ‘Yes, I am crazy’.
Jadi saya pun tunggulah dia dan selepas dua tahun, dia terus bagi tarikh dan nak nikah di mana. Kami terus kahwin dan kami bercinta selepas berkahwin.
Sekadar info, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga mereka pada 25 Disember 2015.
Untuk rekod, Nabila pernah berkahwin dengan jejaka bernama Zaidy Zalian pada 2008 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 15 tahun.
Sumber: TikTok