Di Poland, seorang gadis nyaris maut digilis sebuah bas apabila dia ditolak rakannya sendiri. Ketika sedang berjalan kaki, rakannya secara tiba-tiba menolak ke tengah jalan dengan niat untuk bergurau.
Ditolak rakan sendiri
Menurut laporan Straits Time, pihak berkuasa dari bandar Poland Selatan Czechowice-Dziedzice telah mengeluarkan satu rakaman litar tertutup (CCTV) yang dirakam pada 12 April menunjukkan gadis tersebut tersungkur ke arah jalan raya sebelum sebuah bas berwarna merah bergerak betul-betul di sebelahnya.
Walaupun gadis tersebut terperosok ke bawah bas, nasib menyebelahinya apabila tayar bas melepasi kepalanya dan dia hanya mengalami luka ringan dan lebam. Dia juga dilihat mampu bangun semula dan dipeluk rakannya sebelum pemandu bas memberhentikan kenderaannya itu.
Pelaku didenda
What was that?? pic.twitter.com/suMxsYiDUQ
— Cheating Death (@LuckiestPeopIe) July 23, 2020
Melalui satu perkongsian di laman Twitter, video berdurasi 0:14 saat itu telah mendapat 2 juta tontonan. Menurut laporan, pelaku yang masih berusia 17 tahun ketika itu telah didenda sebanyak 70 euro bersamaan MYR347 kerana telah mendatangkan bahaya.
Dia yang dikatakan hanya bergurau ketika itu akan dikenakan hukuman yang lebih berat. Pihak polis yang sudah meneliti rakaman CCTV tersebut berkata pelaku mungkin akan disaman atau dikenakan satu tahun penjara jika didapati bersalah.
Sumber : The Straits Times , Cheating Death