berita

Video: Noh & Aizat Amdan Lancar MV In Love With You

June 7th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-06-06 at 23.57.48

Sebelum ni kita asyik mendengar lagu nyanyian Noh Salleh dan Aizat Amdan berjudul In Love With You ini di corong-corong radio sahaja.

Namun semalam, Noh telah memuatnaik muzik video rasmi lagu In Love With You ke akaun YouTube miliknya selepas sibuk mempromosikan lagu itu di stesen radio tempatan bersama Aizat.

Screen Shot 2013-06-06 at 23.58.47

Aksi Noh dan Aizat berebut gadis pujaan hati

Menariknya, Noh yang selama ini dikenali sebagai vokalis kumpulan Hujan telah memilih untuk berduet dengan Aizat di dalam projek solonya ini.

Video arahan Zul Luey dari Luey Motion Lab itu menampilkan Noh dan Aizat sebagai watak utama dan cuba untuk merebut perhatian seorang gadis yang mereka minati.

Screen Shot 2013-06-06 at 22.53.17

Walaupun baru sahaja dikongsi kepada umum, video berdurasi 3:23 minit ini telah menerima respon yang positif dari peminat Noh dan Aizat sendiri.

Berikut, kami sertakan MV In Love With You untuk tontonan anda. Bagi OHBULAN!, lagu In Love With You boleh tahan sedap tapi MV yang dihasilkan tergolong dalam kategori yang biasa-biasa sahaja. Apa pula pendapat anda?

SKIP THIS AD ×