Kadang-kadang kami simpati dengan nasib yang menimpa selebriti cantik molek, Nora Danish ni. Ada saja yang tak kena di mata umum.
Semalam, kami menerima kiriman emel dari seorang pembaca. Siap tolong screenshotkan beberapa komen yang menegur Nora lagi.
Semuanya kerana sebuah video Nora dan anaknya Rayqal sedang bermesra. Tak pasal-pasal jadi umpat keji orang. Kasih sayang antara anak dan ibu pun nak jadi isu ke?
Foto dari video Nora Danish
Terkejut kami apabila membaca semua komen kiriman pembaca ini. Hampir kesemua yang melihat video ini di sebuah laman sosial blog hiburan terkenal, memberikan komen kurang enak dan tak manis di dengar.
Mungkin kerana enggan pelakon pujaan menerima gangguan seksual sebegitu, beberapa peminat tampil untuk menegur tindakan Nora memuat naik video tersebut di laman sosial.
Namun, bila kami selidik dengan lebih mendalam, rupa-rupanya video ini sudah tersebar sejak awal tahun ini. Malah hingga kini, masih ramai lagi yang menonton video berkenaan.
Haihh, sabarlah Nora. Nasib badan bergelar selebriti popular. Anggap sahaja ini harga yang terpaksa dibayar oleh Nora sepanjang menjadi anak seni. Okay?