berita

[VIDEO] Norhizam Terkejut Budak 8 Tahun Datang Dari Jauh Minta Bantu Betulkan Rumah Uzur

June 3rd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Satu rakaman video perkongsian Facebook Aku YB ke Kau YB memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee telah mendapat perhatian ramai. Menerusi video tersebut, seorang kanak-kanak telah hadir ke pejabat beliau untuk memohon bantuan penyelenggaraan rumah neneknya yang usang. Rintahan kanak-kanak itu telah menarik perhatian beliau kerana sanggup hadir secara bersendirian.

Rumah dimakan anai-anai

https://www.facebook.com/ybnorhizamhassanbaktee/videos/2641336676137014/?vh=e&d=n

Kanak-kanak tersebut bernama Muhammad Nuridzuan Norhalim berusia 8 tahun telah hadir ke pejabat ADUN dengan tujuan memohon bantuan. Dia dikatakan tinggal bersama neneknya yang hanya berniaga roti canai manakala ibu bapanya sudah bercerai. Selain itu, dia turut mengatakan bahawa keadaan rumah neneknya sangat dan bimbang perkara yang tidak diingini berlaku,

Turun padang lihat keadaan rumah

Demi mengetahui sendiri keadaan rumah nenek kanak-kanak itu yang dikatakan teruk akibat dimakan anai-anai. YB Norhizam turun padang berkunjung ke rumah kanak-kanak tersebut. Beliau turut memberitahu akan tolong sebaik mungkin untuk memulihkan keadaan rumah tersebut. Rata-rata orang ramai yang melihat video itu terharu dengan sifat murni beliau.

Sumber: Aku YB ke Kau YB

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×