Hanya dengan sekali lafaz, pemain badminton beregu negara, Nur Izzuddin selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Mawar Mutiara, semalam.
Artikel Berkaitan: Umobile Taja 16 Atlet Kurang Daya Intelek Malaysia Ke Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lee Chong Wei Ajar Cakap Bahasa Melayu, Netizen Kagum Dengan Lin Dan – ‘Sebutan Sebiji Macam Orang Malaysia’
Hidung berdarah
Pasangan itu dinikah oleh jurunikah yang dilantik dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Abdul Razak.
Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, Izzuddin menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 kepada Mawar.
Menerusi beberapa video yang tular di laman TikTok, pasangan itu dilihat manis mengenakan busana sedondon berwarna putih.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Instagram salah seorang rakan Izzuddin, dia memaklumkan berlaku kejadian yang dianggap lucu apabila hidung pengantin lelaki berdarah disebabkan terlalu gemuruh semasa akad nikah.
Dalam pada itu, menerusi tinjaun OhBulan! ke Instagram Story milik pengantin perempuan, dia dilihat memuat naik foto menggenggam tangan Izzuddin berserta kapsyen ‘assalamualaikum suami’.
Terdahulu, ketampanan wajah pemain badminton berusia 25 tahun itu menjadi bualan ramai sehingga tular dalam media sosial.
Video
@me.dyaaa_ Tahniah Adin, din masjid sudah beristri ges? #Nurizzuddin #dinmasjid #nurizzuddinrumsani #badmintonmalaysia #fyp #weddingsyari ? Baraka Allahu Lakuma (Vocals Only Version) – Maher Zain
@kobeh988 TAHNIAH DIN MASJID AND KAK MAWAR ?? #nurizzuddin #fyp ? original sound – Saarah?
Sumber: TikTok