berita

Umobile Taja 16 Atlet Kurang Daya Intelek Malaysia Ke Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023

June 16th, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Ramai sering beranggapan bahawa Sukan Olimpik Khas dan Sukan Paralimpik merupakan acara sukan yang sama, tetapi sebenarnya ianya berlainan dengan ciri-ciri pentingnya yang tersendiri.

Untuk pengetahuan korang, Sukan Olimpik Khas adalah acara khusus untuk atlet kurang daya intelek, manakala Sukan Paralimpik untuk atlet yang mempunyai pelbagai kecacatan fizikal.

Sukan ini bukanlah sukan yang biasa, tetapi ia juga adalah untuk mempamerkan bakat dan daya bersaing atlet sukan ini di peringkat tertinggi dalam membina keyakinan mereka bagi menggalakkan kebersamaan dan memupuk semangat kemasyarakatan diantara kita semua. 

Mereka bakal bertanding dalam pelbagai acara sukan!

Kalau korang nak tahu, 22 atlet Malaysia dipilih untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin pada Jun 2023  tau!

Atlet-atlet ini telah ditaja oleh Umobile, dimana mereka merupakan sebuah syarikat telco yang telah melakukan inisiatif ini demi mengajak korang semua untuk meraikan semangat yang penuh dalam memanfaatkan potensi seseorang.

Pasukan ini terdiri daripada 16 atlet kurang daya intelek dan 6 rakan kongsi bersatu. Mereka bakal bertanding di dalam acara Renang, Bocce, Badminton, Olahraga, Ping Pong dan Boling.

Tapi sebelum tu, jom tengok satu per satu antara cerita mereka dan macam mana mereka boleh terpilih dalam acara yang dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Khas Dunia Berlin 2023 nanti!

Mohd Zul – Boling 

Zul merupakan seorang yang mengalami banyak kesusahan semasa di sekolah rendah. Zul juga tidak boleh membaca. Ini menyebabkan ada cabaran dalam sosial dan akademik. Beliau telah dipindahkan ke sekolah khas dan dengan sokongan yang betul, beliau bertambah maju dan baik.

Selepas menyertai Sukan Olimpik Khas pada usia 13 tahun, beliau mendapati minatnya adalah terhadap sukan, terutamanya boling. Beliau menyertai Sukan Olimpik Khas Athen 2011 dan bermain bola sepak serta membantu Pasukan Malaysia memenangi pingat gangsa.

Walaupun mengalami kecederaan pada tahun 2016 dan pembedahan jantung 2017, dedikasi dan usahanya telah memberikan hak dalam mewakili Pasukan Malaysia di Sukan Dunia Olimpik 2023 ini!

Nur Syakila – Badminton

Syakila yang mesra disapa ‘adik’ merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Apabila besar, Syakilla sedar bahawa dia mempunyai hidung yang rata dan ketinggian yang lebih rendah berbanding remaja yang lain. Dia sering diusik oleh rakan sekolah tetapi ibunya sentiasa memberikan kata-kata positif dan mengingatkan bahawa beliau sangat istimewa. 

Selepas menjalani pembedahan plastik untuk memperbaiki hidungnya, beliau mula bertambah yakin dan mula rasa tabah dan berdikari. Kini, beliau bersekolah di sekolah biasa dengan kelas Pendidikan Khas.

Dalam ujian pemilihan badminton, keazaman beliau terserlah dan menarik perhatian jurulatih. Mereka melihat potensinya dan bersedia untuk bantu beiau mengembangkan kemahirannya. 

Walaupun terlepas Sukan Negara kerana pembedahannya, jurulatih badminton nya menegaskan untuk membawa Syakila ke berlin selepas menyedari betapi gighnya beliau semasa ujian pemilihan badminton.

Yong Jan – Renang

Yong Jan, seorang pelajar yang bergelut dalam bidang akademik, didiagnosis sebagai seorang yang lambat belajar dan dipindahkan ke sekolah pendidikan khas. Walaupun sering dibuli, beliau telah menunjukkan keberanian dan keazaman dalam diri. 

Selepas pelbagai cabaran yang dihadapi termasuk kehilangan bapanya, ibu Yong Jan perkenalkan beliau kepada program kecergasan dan tarian yang berkaitan dengan Sukan Olimpik Khas. Setelah itu, Yong Jan meneroka pelbagai sukan di Sukan Olimpik Khas Melaka dan menemui minat dalam bola keranjang.

Beliau seronok berinteraksi dengan atlet lain dan mendapat kawan baharu. Keyakinan beliau mula bertambah dan beliau terlibat dalam Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Olimpik Khas Melaka.

Bukan itu saja, Yong Jan juga mempunyai kemahiran dalam sukan renang dan telah memenangi pingat dalam Sukan Negeri dan Kebangsaan. Sifat luar biasa beliau telah membawa pencapaian dimana beliau dipilih untuk mewakili Sukan Olimpik Khas berlin 2023 di Berlin. 

Kuasa sokongan daripada komuniti & masyarakat penting untuk kejayaan mereka

Sukan Olimpik Khas ini bukan saja tentang pertandingan, ia juga mengenai sokongan kita kepada mereka sebagai masyarakat. Atlet kurang upaya intelek ini mungkin menghadapi cabaran yang unik, tetapi sokongan keluarga, rakan, komuniti membuatkan ia sangat penting untuk kejayaan mereka.

Jadi, kalau korang adalah pempengaruh, atlet dan selebriti, korang mempunyai kuasa untuk membuat perubahan dalam kehidupan bagi peserta Olimpik Khas ni tau!

Dengan menunjukkan sokongan korang terhadap mereka, korang juga boleh bantu mereka supaya mereka rasa berhak dihargai dan kesasaksamaan yang rata. Suara dan sorakan korang untuk atlet yang luar biasa ini juga boleh bantu dalam mencipta dunia yang lebih inklusif.

Perkara mustahil, boleh menjadi kenyataan! Ini adalah cara korang boleh bantu mereka demi membuat perubahan

Buat korang yang nak beri sokongan, tapi tak tahu macam mana cara nak tunjuk dan bantu mereka? Korang boleh sertai gerakan ini dengan mengikut langkah dibawah:

Langkah 1: Rakam video atau swafoto sorakan semangat dan sokongan korang secara menegak

Langkah 2: Hantar ke [email protected]

Langkah 3: Muat naik dalam platform media sosial korang bermula dari 17 Jun 2023 dan jangan lupa untuk menetapkan akaun korang kepada umum dengan hashtag #UnbeatableTogether dan #MYUnbeatableTeam

Ha…senang kan! Jadi, tunggu apa lagi, jom bersama-sama sebagai sebuah komuniti dan tujukkan kasih sayang serta sokongan kita kepada atlet yang hebat ini. Kami percaya bahawa ia boleh memberi impak yang nyata dalam kehidupan mereka.

Nak tahu lebih lanjut tentang Sukan Olimpik Khas Berlin 2023 ini atau inisiatif lain yang dibuat oleh Umobile, boleh layari laman web INI atau di Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×