berita

[VIDEO] Nurul Shuhada Kesal Prosiding Cerai Ditangguhkan – ‘Saya Dah Pakai Cantik Datang Mahkamah’

May 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada akui kesal apabila prosiding lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke 20 Jun depan.

Artikel Berkaitan: ‘Carikan Pendakwah Yang Utamakan Allah Untuk Saya’ – Isteri Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia

Shuhada kesal

Menurut Shuhada, dirinya sudah bersedia untuk menyelesaikan konflik rumah tangga bersama suami, namun reda apabila gagal menemui jalan penyelesaian.

Saya sudah bersedia untuk perbicaraan hari ini namun sedikit kesal kerana tidak menemui jalan penyelesaian sebaliknya ditangguhkan.

Saya hari ini pun dah pakai cantik-cantik datang mahkamah dan dah sedia tetapi mereka minta tangguh. Saya dan peguam turut terkejut.

Saya sedikit kesal apabila tidak dapat diselesaikan dengan cepat. Apa lagi yang nak dipanjangkan, dia (Hafidz) ada pilihan dia sendiri.

Shuhada berkata demikian sejurus selesai perbicaraan porsiding lafaz cerai di Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam pada Selasa.

Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia enggan menangis lagi dan menyerahkan segala masalah berlaku kepada Tuhan.

Allah maha baik dan sebaik-baik perancang. Saya tidak mahu menangis lagi. Saya serahkan segalanya pada Allah.

@ohbulanofficial Replying to @MdmZa71 Kenyataan daripada Shuhada.. #ohbulan #fyp #news #nurulshuhada ? original sound – OHBULAN!

Terdahulu, mahkamah menetapkan 20 Jun depan sebagai tarikh baharu bagi keputusan perbicaraan lafaz cerai pasangan tersebut.

Pada 27 Februari lalu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.

Terdahulu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.

Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.

SKIP THIS AD ×