berita

[VIDEO] Nyanyi Sambil Tebar Roti Canai, Suara Ringgo Arrow Macam Dalam Kaset Lagi!

January 23rd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Facebook, viral sebuah video nyanyian spontan dari seorang ‘abang penebar roti canai’. Ternyata ‘abang penebar roti canai’ yang dimaksudkan itu adalah Ringgo dari kumpulan Arrow.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik melalui Facebook Arena Muzik dengan 2.7 ribu tanda kongsi dan menyaksikan penyanyi ini menyanyikan lagu Niat Di Hati Tak Nak Berpisah. Memang mantap, macam kaset!

Memang powerlah!

Penyanyi lagend iaitu Ringgo kini menjalankan perniagaan di kedai makan secara kecil-kecilan hanya dengan menjual roti canai. Perniagaannya itu dijalankan di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh Kelantan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lagi bagi mencari sumber pendapatan.

Macam suara kaset!

https://www.facebook.com/103246498432224/videos/2752891721705830

Lebih menarik perhatian ramai lagi apabila video berdurasi 3:06 minit ini dikongsikan di laman Facebook. Tidak dinafikan, ramai netizen kagum dengan suara Ringgo yang masih maintain power seperti di dalam rakaman kaset. Memang powerlah, sambil tebar roti canai tu boleh menyanyi lagi!

Masih berbisa

Rata-rata pengguna media sosial berpendapat agar Ringgo menyertai satu program nyanyian untuk penyanyi lagend seperti Gegar Vaganza bagi musim hadapan. Untuk pengetahuan anda, vokalis kumpulan Arrow ini pernah menyertai program Kilauan Emas musim ke-4 sebagai Naib Juara.

Sumber: Arena MuzikNick Yie Channel

SKIP THIS AD ×