Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang memberitahu, dia akan mendedahkan dua perkara yang sangat istimewa hari ini.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To Be A Better Muslim’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Tak Masuk Campur Urusan Opai Jadikan Virus ‘Monkeypox’ Bahan Jenaka – ‘Bukan Urusan Saya’
Majlis akikah anak kami
Menurut Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai, hari ini merupakan majlis akikah anaknya. Ujar Opai, kurang daripada 10 orang yang tahu mengenai perkara tersebut.
Ada dua perkara yang orang tak tahu. Satu, esok majlis akikah anak kami. Bawah daripada 10 orang yang tahu. Kami chill dan relaks. Jadi ibu bapa kena relakslah.
Tambah Opai, anaknya itu sudah memasuki usia tujuh bulan.
Kenapa baru sekarang nak bagitahu pasal anak? Satu sebab mak dan isteri saya dah bising. Mereka kata anak dah nak besar. Kad pengenalan pun dah nak dapat. Takkan saya tak boleh bagitahu perkara ini yang saya ada anak baru.
Perkenalkan produk baru
Berbicara mengenai perkara kedua pula, Opai berkata, dia dan pasukannya telah lama mengusahakan Opai Movement. Difahamkan, hari ini Opai akan turut melancarkan tiga jenis minyak wangi di bawah syarikatnya.
Selain memperkenalkan anak mereka yang sihat dan comel, Opai bakal memberi diskaun kepada mereka yang mahu membeli minyak wangi keluarannya.
Perkara kedua ini kami dah lama usahakan benda ini. Nak hampir setahun Opai Movement ni. Rasa berdebar pada masa yang sama teruja. InsyaAllah, kami harap sold out. Pada tetamu yang dijemput, hari ini bermakna buat saya, isteri dan keluarga.
Terdahulu, Opai mendedahkan dia sudah setahun meninggalkan aktiviti pelaburan mata wang asing, Forex. Menerusi sebuah video viral di TikTok, Opai tidak mahu melibatkan diri dalam pelaburan yang disifatkan sebagai perkara ‘b*doh’ itu.