berita

[VIDEO] Padah Rebut Minyak ‘Percuma’ Dari Lori Tangki Terbalik, 11 Terkorban, 52 Cedera Parah

July 8th, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sebuah video tular di laman Twitter yang memaparkan insiden letupan tangki lori minyak yang terbalik dan membakar kesemua mangsa disekelilingnya hidup-hidup. Menerusi video itu, orang ramai kelihatan berpusu-pusu membawa bekas bagi mengambil minyak dari lori berkenaan.

Meletup secara tiba-tiba

Video yang berdurasi 1:04 saat itu berlaku di Magdalena, Colombia pada Isnin lalu dan menyambar semua orang yang berada disekeliling lori tersebut apabila lori minyak tersebut meletup dengan tiba-tiba.

Menurut pemandu lori, Manuel Catano, trak yang dipandunya itu hilang kawalan dan terbalik di tepi jalan dengan isian 5,000 gelen minyak. Setelah bergegas keluar dari kabin, Catano mendapati penduduk sekitar mula menghampiri lori dengan bekas yang dibawa.

Hirau nasihat pemandu

Penduduk sekitar tidak menghiraukan nasihat Catano berkaitan minyak tersebut di mana ianya merupakan petrol premium dan mudah terbakar.

Catano diminta untuk tidak masuk campur ketika mereka sedang memecahkan injap tangki bagi mengambil petrol berkenaan. Bilangan orang semakin bertambah sebelum tangki tersebut meletup dengan tiba-tiba.

Sumber : Creepyposta

SKIP THIS AD ×