Pelawak terkenal, Pak Ya tidak dapat menahan sebak selepas merasakan dirinya tidak memberikan bantuan yang sebaik sepanjang hayat ibunda tercinta.
Artikel Berkaitan: Tak Jadi Naik Mahkamah, Pak Ya Derma Wang Sumbangan Kepada Surau
Mengaji untuk ibu setiap minggu
@yegacademy PESANAN PAK YA KEPADA SEMUA Jangan ketinggalan untuk dengar cerita penuh Pak Yah di YouTube YEG Academy, Borak Kerjaya pada Khamis, 29 Ogos 2024, jam 9 malam. ?? #YEGAcademy #Kerjaya #MutawwifProfesional #SPHU #BelajarTerusKerja #education ? original sound – Jom Belajar Terus Kerja | YEG
Menerusi sesi podcast bersama Your Career & Education Platform, Pak Ya atau nama sebenarnya Ilya Buang Shaharum memaklumkan dirinya berasa ralat dengan tindakannya itu dan cuba menebus balik kesilapan yang dilakukan dengan cara menitipkan bacaan ayat suci al-Quran buat arwah ibunya.
Saya rasa menyesal sebab masa mak saya ada (masih hidup) saya tak bagi bantuan yang sebaiknya.
Itulah yang saya buat sekarang ini iaitu setiap minggu pasti saya akan habiskan satu juzuk al-Quran untuk mak saya.
Tambah Pak Ya, dia juga berharap agar anak-anaknya melakukan perkara yang sama buatnya ketika dia dijemput Ilahi satu hari nanti.
Pada saya, itu adalah khidmat terakhir kita untuk mak dan anak-anak saya pun perlu buat perkara sama yang saya buat ini.
Bukan untuk saya, tapi untuk diri mereka sendiri. Kalau kita selamatkan mak ayah kita di kubur, insya-Allah kita juga akan selamat di dalam kubur kita nanti.
Hargai ibu bapa selagi masih ada
Dalam pada itu, ahli kumpulan Senario ini juga berpesan kepada orang ramai agar sentiasa berjasa dan berbakti kepada ibu bapa selagi mereka masih ada.
Menurut Pak Ya, pemberian wang kepada ibu bapa juga tidak akan membuatkan seseorang anak itu jatuh miskin.
Sebenarnya inilah yang Allah cakap, kalau kita berkhidmat kepada orang tua iaitu wang ringgit ke tenaga ke apa sekalipun Allah pasti akan balas berlipat kali ganda.
Jadi jangan takut kalau kita keluar duit untuk mak ayah kita.
Kalau tak mampu dari segi duit pun, sekurang-kurangnya kita berdoa dan bacakan al-Quran buat mereka.