berita

[VIDEO] Pakai Skirt Pendek & Tayang Pusat, Sabronzo Dolla Kena Perli Dengan Netizen

October 11th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, nama kumpulan Dolla hangat diperkatakan selepas tampil dengan imej seksi di festival Good Vibes Weekender. Bagaimanpun, kemelut itu sudah berakhir selepas Dolla memohon maaf atas kekhilafan itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sabronzo Dolla Dikecam Menari Gaya ‘Twerk’, Netizen Anggap Sudah Melampau

Artikel Berkaitan: ‘Kami Minta Maaf Pakai Baju Mencolok Mata’ – Dolla

Seksi lagi

@sabronzoooo City gworls @? angel *:??? ? original sound – luv.

Terbaharu, Sabronzo sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik video menari bersama ahli Dolla, Angel di akaun TikTok.

Dalam rakaman itu, Sabronzo dilihat memakai kemeja putih sehingga menampakkan bahagian pusat bersama skirt pendek.

Semestinya, penampilan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Terlepas pandang lagi?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penyanyi berumur 27 tahun itu yang tidak belajar daripada kesilapan.

Selain itu, ada juga pengikut yang bertindak menyindir pemilik nama Wan Sabrina Wan Rusli dengan mempersoalkan sama ada busana tersebut digayakan untuk tuntutan kerja ataupun terlepas pandang buat kali kedua.

Terdahulu, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

Sumber: TikTok @sabronzoooo

SKIP THIS AD ×