berita

Video Paling Dafuq Minggu Ini

October 21st, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-10-21 at 12.14.35 AM

Rasanya, agak jarang sekali OHBULAN! menyiarkan karya-karya hip-hop apatah lagi jika ianya adalah hasil karya underground.

Berjudul Put Your Hands Up, video berdurasi 3.15 ini memaparkan visual tipikal dunia hip-hop dengan aksi breakdance dan juga wanita-wanita seksi sebagai background.

Menampilkan beberapa orang rapper, kami kira tidak ada seorang pun yang mampu menarik minat para pendengar untuk terus mendengar lagu ini. Mungkin hanya gadis-gadis seksi penyeri video saja yang boleh menarik perhatian penonton, itu pun kalau anda tahan sambil dengar lagu hip-hop ini.

Screen Shot 2013-10-21 at 12.14.49 AM

Kelibat gadis seksi sebagai penyeri

Tapi secara jujurnya, melodi lagu ini agak menarik, cuma dibahagian rapping harus diperkemas dan dikuatkan lagi dengan vokal yang menonjol.

Mari tonton muzik video Put Your Hands Up selepas ini. Dan ya, berikan pendapat anda, secara jujur.

SKIP THIS AD ×