berita

Video: Parodi “Macam Comel, Macam Cantik” Versi Selebriti

November 1st, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-11-01 at 17.07.10

Sebelum anda terus membaca artikel ini, OHBULAN! ingin bertanya, sudahkah anda menonton video viral tentang seorang budak perempuan yang memuji kecantikan matanya?

Tidak mengapa kalau anda belum menontonnya kerana kami akan berkongsi dengan serba-sedikit tentang ‘kecomelan’ gadis tersebut.

Menerusi video berdurasi 37 saat itu, gadis bernama Syasya yang dipercayai berasal dari Johor kelihatan sangat obses dengan matanya.

Sepanjang video itu dirakam, Syasya tidak henti-henti berkata “macam comel je, macam cantik je” sambil mendekatkan kamera ke matanya yang sedia bulat.

Dan seperti biasa, apabila keluarnya video-video seperti ini, pasti ramai yang muncul dengan idea untuk membuat parodi.

Screen Shot 2013-11-01 at 17.07.30

Bukan sahaja di kalangan orang biasa, malah Sharifah Sakinah dan Shahrul dari kumpulan SHIRO juga tak terkecuali merakam video parodi untuk menghiburkan peminat mereka.

Nak tahu macam mana Sakinah dan Shahrul mengajuk gadis tersebut? Jom tengok di bawah. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×