Semalam, pelakon Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon Farid Kamil di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Tak Mahu
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ingin Selamatkan Keluarga. Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia..’ – Farid Kamil
Biar takdir merungkai
@melodiberapi Kehidupan rumahtangga ada pasang surutnya.. min doakan semoga keluarga D sentiasa dilindungiNya ?? #melodi #panas #kontroversi #sensasi #dianadanielle #faridkamil ? original sound – Melodi
Selepas keluar berita mengejutkan itu, tular semula video Diana atau lebih mesra disapa DD ketika ditemu bual bersama Melodi pada Januari lalu.
Pelakon cantik berdarah kacukan itu ditanya mengenai isu rumah tangga yang hangat diperkatakan di media sosial. Jawab aktres berumur 32 tahun, pasangan kita (suami) bukan selamanya kekal menjadi milik.
Pasangan kita hanya pinjaman. Yang penting kita sentiasa usaha untuk jadi yang terbaik untuk keluarga. Kita biarkan takdir merungkai segalanya.
Apa yang kita nampak elok di luar sana, tak semestinya dia elok sebenar-benarnya. Dan mana yang nampak tak elok tu, tak semestinya tak elok.
Cukup-cukuplah bawang sangat. Relax guys. Kita menuding jari itu, satu menuding ke orang, empat datang kepada kita balik. Apa-apapun beringat-ingat saja.
I love you sayang
Dalam pada itu, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson turut menitipkan doa buat Farid. Katanya, dia berharap agar tahun 2023 ini akan menjadi tahun terbaik buat pengarah filem itu.
Semoga 2023 ini menjadi tahun yang sangat baik untuk awak. Saya tahu yang awak dah melalui banyak perkara dalam hidup ini.
Saya sangat berharap yang Allah balas segala kesabaran dan kebaikan awak untuk keluarga kita.
Pada Isnin, Diana telah membuat permohonan cerai pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Sekadar makluman, Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata Muhammad, 10, dan Aurora, 7.
Sumber: TikTok