berita

[VIDEO] Patutlah Kena ‘Ajar’ Dengan Orang Ramai, Tayar Kereta Didakwa Gilis Kaki Pengunjung

May 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bulan Ramadan bakal berakhir dan kemunculan bulan Syawal dinanti-nantikan. Pelbagai promosi membeli belah dan beberapa bazar popular telah mula dibanjiri orang ramai. Namun dalam keseronokan membeli belah, ada pengunjung yang bersikap mementing diri tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Menerusi Sinar Harian, suasana kecoh timbul di hadapan Bazar Buluh Kubu, Kota Bahru Kelantan apabila seorang wanita bertindak memandu kereta di kawasan laluan sempit pejalan kaki Pasar Malam Parit Dalam. Tindakan wanita itu membuat orang ramai tidak berpuas hati dengannya.

Pengunjung berang

Video yang viral di Facebook menunjukkan wanita tersebut berang apabila diserang sekumpulan lelaki yang dipercayai pengunjung di situ. Mereka bertindak agresif dengan merosakkan kenderaan wanita itu menggunakan kayu dan kon disebabkan tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan.

Wanita itu juga menjerit serta mendesak supaya pengunjung tidak merosakkan kenderaannya sambil cuba untuk memberi penjelasan. Suasana menjadi semakin kecoh apabila beberapa lelaki menjerit untuk memecahkan kereta itu.

Cuba melanggar pejalan kaki lain

Wanita itu turut mendakwa bahawa dia sudah biasa menggunakan laluan tersebut ke pasar malam, namun ketika kejadian jumlah pengunjung yang terlampau ramai menyebabkan kenderaannya terperangkap.

Awak kena faham, saya panik sebab orang kejar saya dari pasar raya dekat sini.

Awak faham tak, saya tekan minyak sebab saya nak lari daripada orang belakang, tendang kereta saya.

Seorang pakcik juga mendakwa tayar kereta wanita itu bukan sahaja menggilis kaki seorang kanak-kanak dan cuba melanggar pejalan kaki lain malah bertindak biadab selepas diminta membuat penjelasan.

Terbaru, menerusi Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata pihaknya berjaya menahan seorang lelaki yang juga peniaga di situ berusia 26 tahun untuk siasatan lanjut.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki yang juga peniaga berusia 26 tahun untuk siasatan lanjut.

Kita masih mengesan beberapa lelaki yang masih bebas yang dipercayai turut terbabit dalam kes itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita HarianSinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×