Seorang peguam tampil menjelaskan berkenaan status perhubungan suami isteri antara pelawak Shuk Sahar dan Fara Salleh mengikut hukum syarak. Ia susulan pelawak itu didakwa telah menghina kandungan isterinya.
Artikel Berkaitan: ‘Sebelum Kahwin Tinggal Di Kondo & Ada Kerjaya, Sekarang Banyak Kali Dalam Akaun Tinggal RM30 Sahaja’ – Fara Salleh
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Nekad Untuk Bercerai Dengan Shuk Sahar – ‘Saya Tak Nak Jadi Ibu Toksik Kepada Anak’
Penjelasan peguam
@nuaimrazak Replying to @BlackRose_bloody Part 1: Ia bukanlah satu lafaz talak. Namun, jika berlaku tuduhan sedemikian oleh suami kepada isteri- Pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang telah mengangkat sumpah dengan cara Li’an mengikut Hukum Syarak di hadapan Hakim Syarie, maka perkahwinan tersebut akan difarakkan dan perlu hidup berasingan selama-lamanya. Anak tersebut juga tidak boleh dinasabkan kepada si bapa yang menafikan anak tersebut. #peguamsyarie#peguamsyariah#mahkamahsyariah#nuaimrazak#cerai#berpisah#sumpah#fyp#fypage#fyppp
? original sound – Nuaim Razak & Partners – Nuaim Razak & Partners
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Nuaim Razak menjelaskan tentang tuduhan li’an.
Ada satu perceraian yang kesannya adalah lebih besar daripada talak tiga.
Kesan apabila terpisah, jatuh talak mu’abbad iaitu haram berkahwin semula selama-lamanya. Ia adalah perceraian li’an yang difailkan di mahkamah syariah.
Ia berlaku apabila suami menuduh isteri berzina dengan lelaki lain tanpa kemukakan empat orang saksi, tidak mengaku anak dalam kandungan atau yang lahir dari isteri itu adalah anaknya.
Menurut Nuaim, suami dan isteri perlu bersumpah untuk membenarkan atau menafikan tuduhan berkenaan dan sumpah tersebut perlu dilakukan dihadapan hakim syarie.
Ia bukanlah satu lafaz talak. Namun, jika berlaku tuduhan sedemikian oleh suami kepada isteri, pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang telah mengangkat sumpah dengan cara li’an mengikut hukum syarak di hadapan hakim syarie, maka perkahwinan tersebut akan difarakkan dan perlu hidup berasingan selama-lamanya.
Anak tersebut juga tidak boleh dinasabkan kepada si bapa yang menafikan anak tersebut.
Janganlah menuduh tanpa asas dan bukti. Sesal kemudian tidak lagi berguna.
Fara jumpa jawapan
Dalam pada itu, Fara menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) mengucapkan rasa syukur apabila dia akhirnya menemui jawapan berkenaan hukum tersebut.
Terima kasih kepada yang bertanya dan terima kasih tuan peguam atas penjelasan. Saya hargai pertolongan anda semua,
Alhamdulillah, saya dah jumpa jawapan.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram Story, Fara meluahkan rasa bengangnya terhadap Shuk yang didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Sekadar info, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk bermula pada tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.
Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.
Sumber: TikTok Nuaim Razak