Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita mengenai jasad seorang bayi yang dibekukan selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta didakwa hanya kerana si bapa tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos perubatan.
Artikel Berkaitan: Jenazah Bayi Dibeku Selama Dua Minggu, Doktor Didakwa Hina Bapa Kerana Tak Mampu Lunas Bil RM3,600
Dapat perhatian peguam terkenal
@nazz_phg Alhamdulillah lawyer Dato Zaharil nak tolong mak ayah baby adham.. Semoga ada pembelaan buat mak ayah baby adham & segala urusan dipermudahkan. Aamiin ? #justiceforbabyadham #babyadham #lawyerkotakpensil #datoahmadzaharil #fyp #foryoupage #fypviral ? original sound – ?N.a.Z.z_06?
Terbaharu, kes tular menyayat hati itu turut mendapat perhatian dan respon peguam terkenal iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ahmad Zaharil mempertikai tindakan pihak hospital yang telah menahan ibu mangsa selama 16 hari di wad.
Menurut peguam berusia 58 tahun itu, tindakan yang dilakukan pihak hospital adalah salah kerana mempunyai elemen jenayah.
Apa hak kau (hospital) nak tahan anak guam aku dan apa undang-undang yang kau pakai.
Kau pakai agreement? Agreement itu adalah bukti dia pernah datang tetapi apabila kau tahan dia, itu adalah satu bentuk elemen jenayah.
Kenapa hospital buat tindakan sendiri dan tak bawa ibu arwah ni ke balai? Ada je balai berdekatan dengan hospital.
Faktanya di sini ialah pihak hospital tahan jenazah anak itu selama dua minggu. Sepatutnya tak perlu disimpan sebab anak itu dah tiada (meninggal dunia).
Sementara itu, isteri kepada datuk turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak hospital dan menganggap perbuatan mereka membekukan jenazah bayi tersebut sebagai kejam.
Bukannya bil itu sampai berpuluh ribu, kalau beritahu pasal isu ini mesti akan ada orang nak menolong.
Kejamnya manusia, sepatutnya berilah bayi itu dikebumikan dulu.
Nak bantu ibu bapa mangsa
Dalam pada itu, Ahmad Zaharil meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai ibu bapa mangsa kerana mahu membantu mereka menyelesaikan kes.
Kalau korang ada jumpa, suruh dan bawa mak bapa arwah datang jumpa aku dan mari aku saman pihak hospital.
Aku mesti akan lawan.
Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai memuat naik satu hantaran menitipkan ucapan terima kasih buat Ahmad Zaharil atas kesudiannya membantu mendapat keadilan buat keluarga mangsa.
Terdahulu, Mr Wan Cai berkongsi kisah sedih satu jenazah bayi yang didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut.
Perkongsian tersebut telah menyorot perhatian wargamaya yang bersimpati dengan nasib menimpa bayi yang dinamakan Muhammad Adham Mikail itu.
IG Wan Cai
View this post on Instagram
Sumber: TikTok, IG Wan Cai